dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

MAHIR MASAK SLS - AUTHENTIC NYONYA IKAN GERANG ASAM & SAGU KUKUS KELAPA PISANG

26 Jun 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 26 June 2026, telah berlangsung MAHIR MASAK SLS - Authentic Nyonya Ikan Gerang Asam & Sagu Kukus Kelapa Pisang. Program ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 10:00 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan Program ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.

Sepanjang program ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan resepi bagi  Ikan Gerang Asam iaitu bahan kisar dan kuantiti cili kering 25 biji, cili merah 8 batang, bawang merah 240 gm, bawang putih 4 ulas dan sebagainya serta bahan-bahan serta kuanti seperti minyak masak 200 – 300 ml, air 1200 ml, asam jawa 80gm dan sebagainya. Selain itu, Guru MAHIR menunjukkan langkah-langkah penyediaan iaitu panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi, tuangkan air asam dan biarkan mendidih, masukkan daun limau purut dan bunga kantan , renehkan selama 8 minit, besarkan api dan masukkan ikan dan perasa kemudian masukkan bendi, selepas 3 minit masukkan tomato dan bila ikan sudah masak dan bendi empuk, siap dan boleh hidangkan. Seterusnya, Guru MAHIR menerangkan resepi bagi Sagu Kukus Kelapa Pisang iaitu bahan-bahan dan kuantiti seperti biji sagu 250 gm, gula 140 gm, kelapa parut (putih sahaja) 200 gm dan sebagainya. Akhir sekali, Guru MAHIR menunjukkan langkah-langkah penyediaan iaitu didihkan air didalam pengukus, gaul rata biji sagu, gula, kelapa dan garam. bagikan з bаhagian, campurkan jus pandan dan pewarna hijau. pada satu bahagian warna merah dan esen ros. biarkan 1 bahagian lagi berwarna putih, lapis acuan dengan daun pisang ratakan adunan putih dan tekan perlahanlahan dengan sudip, letakkan pisabg rata-rata seluruh bhagian bubuh daun pandan di atasnyа, kukus selaма 10-15 minit sehingga biji sagu menjadi lutsinar. angkat daun pandan dan ratakan pula adunan hijau diatas lapisan putih letakkan pisang dan daun pandan, kukus selaма 10-15 minit sampai masak. ikut poroses yang sama dengan adunan merah, араbila masak, angkat dari pengukus dan sejukkan kuih sebelum memotongnya.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat meningkatkan pengetahuan peserta cara membuat Ikan Gerang Asam & Sagu Kukus Kelapa Pisang. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.